Saturday, July 4, 2009

MJ Live in Munich.. love this one

Michael Jackson’s funeral plans revealed

Michael Jackson | Michael Jackson - life of a legend | pictures | now magazine  |celebrity gossip

Michael Jackson is survived by his three kids

Michael Jackson’s funeral plans revealed

Singer’s body expected to go on public display

Wednesday, 1 July 2009

Michael Jackson's body will reportedly lie in state for two days at his Neverland ranch.

The singer will apparently be placed in a glass coffin so fans can pay their respects before a private family funeral.

‘It's going to be a huge event,’ says family lawyer Brian Oxman. ‘We are expecting 100,000... a million... every time we say a figure someone says, more, more.’

It's though Michael will be taken to Neverland tomorrow in a white stagecoach from the funeral parlour in Santa Monica before being laid to rest.

‘He will be buried not cremated,’ adds Brian. ‘His mum Katherine is a Jehovah's Witness and despite claims Michael had converted to Islam he was one too.’

After the service, Neverland could be transformed into a memorial space.

‘There had been talk in the family that the ranch could be turned into a permanent shrine to Michael,’ former manager Dr Tohme Tohme tells the Daily Mirror. ‘There are ongoing discussions.’

Meanwhile, a tribute event was held for Michael at the Apollo Theater – where the Jackson 5 first made their name - in Harlem yesterday.


News info by NOW celebrity gossip...

Saturday, June 27, 2009

Erm.. Melayu lagi..

ini adalah petikan dari penulisan Ayahanda Tun Mahathir yang saya petik.. Melayu perlu berfikiran jauh...


PERPADUAN
By Dr. Mahathir Mohamad on June 25, 2008 6:52 PM
Comments (396) TrackBacks (0)



1. Ramai orang Melayu yang kesal kerana di waktu yang genting ini, di waktu mana berbagai-bagai masalah melanda orang Melayu di negara tercinta ini, mereka berpecah dan bersengketa sesama sendiri.

2. Umum tahu perpecahan melemahkan, sebaliknya perpaduan memberi kekuatan. Berhadapan dengan aneka jenis masalah dan tekanan, orang Melayu amat perlu kepada perpaduan sekarang.

3. Pada tahun 1946, di waktu orang Melayu diancam kehilangan tanahair mereka, orang Melayu bersatu padu dan menentang British. Walaupun mereka lemah, miskin, tidak bersenjata, tetapi demikianlah kekuatan hasil perpaduan mereka sehingga British terpaksa tunduk kepada tuntutan mereka dan Malayan Union digugurkan.

4. Walaupun sebahagian daripada orang Melayu kemudian berpisah daripada UMNO untuk menubuh parti PAS tetapi majoriti orang Melayu terus bersatu padu dalam UMNO.

5. Tiga kali lagi parti serpihan UMNO ditubuh dan mencabar UMNO, tetapi perpaduan majoriti orang Melayu dalam UMNO dapat dikekalkan.

6. Tetapi Pilihanraya Umum 2008 menunjuk bahawa perpaduan dalam UMNO sudah luntur. Ramai ahli telah sokong parti lawan atau mengecualikan diri dengan tidak mengundi atau merosakan undi mereka.

7. Seruan kepada perpaduan sahaja tidak akan mengembalikan mereka ini. Sebabnya ialah perpaduan dengan sendirinya tidak akan membawa kebahagiaan. Perpaduan hanya akan membawa nikmat jika perjuangan yang diusahakan mempunyai matlamat yang dicita-citakan. Perpaduan kerana perpaduan tetapi perjuangan diselewengkan tidak bermakna dan tidak membawa rahmat dan nikmat.

8. UMNO hari ini tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. Ia berjuang untuk pengekalan kuasa dan kesejahteraan Presidennya. Perpaduan yang dituntut hanya untuk menyokong Presiden.

9. Ini baik jika Presiden dapat membawa parti dan negara kearah kejayaan dan kebaikan. Tetapi apa yang dilihat ialah keburukan dan kehinaan bagi parti dan negara.

10. Dibawah kepimpinan Presiden ini UMNO dan Barisan Nasional telah kalah teruk dalam Pilihanraya Umum 2008.

11. Perpaduan dalam UMNO sudah berkecai.

12. Parti-pati komponen Barisan Nasional juga kalah dengan teruk di Semenanjung.

13. UMNO tidak lagi dihormati di dalam atau di luar negeri.

14. Generasi muda Melayu sudah anggap UMNO tidak relevan.

15. Negara Malaysia tidak lagi dianggap sebagai negara contoh oleh negara-negara membangun lain.

16. Wilayah milik negara telah terlepas ketangan negara kecil di selatan.

17. Singapura dilayan seolah-olah ia adalah kuasa besar sehingga pembangunan dalam wilayah Malaysia perlu mendapat kebenaran Singapura, sehingga keputusan Perdana Menteri untuk tidak bangunkan jambatan mengganti tambak Johor terpaksa dilapor dan dimaklum kepada bekas Perdana Menteri Singapura oleh Menteri Luar Malaysia.

18. Ekonomi negara kucar-kacir sehingga pelabur Malaysia pun tidak ingin melabur di Malaysia.

19. Harga minyak dan semua barang meningkat tanpa kawalan dan bermacam-macam lagi.

20. Haruskah orang Melayu bersepadu untuk menyokong semua ini? 21. Perpaduan adalah untuk kebaikan, bukan untuk kemudaratan.

22. Jika kita harus ada perpaduan, ianya hendaklah dengan tujuan memulih semula maruah dan kejayaan bangsa dan negara.

23. Tidak ada sebab yang kepimpinan yang ada sekarang harus diperkuatkan dengan perpaduan di belakangnya.

24. Sebaliknya perpaduan yang perlu diadakan ialah untuk menyingkir pemimpin yang telah bawa kecelakaan kepada parti dan negara.

25. Janganlah desak supaya diadakan perpaduan tanpa mengambil kira hasrat dan matlamat ia diadakan

Petikan dari HMEtro...

Ni Memang benar.. ler... kat kenyir aku pun penah nampak kelibat ikan hampir sebesar bot yang kami naik.. Kat Pedu Lake pun hampir sama.. huish gerun tu.. rasa macam nak suruh org NG/DC buat liputan.. Popular Tasik Kenyir ngan Pedu..




Misteri ikan naga

Oleh NOOR AZAM AZIZ dan ZAID SALIMam@hmetro.com.my


HULU TERENGGANU: Ikan naga? Tidak ramai mengenalinya, namun ia menjadi bualan sejak kematian pekerja projek Taman Burung dan anggota bomba, baru-baru ini.“Apa yang digelar ikan naga di Tasik Kenyir sebenarnya ikan Arapaima Gigas. Mungkin orang menggelarnya ikan naga sebab saiznya besar dan kulitnya bersisik besar seperti naga.“Namun, ikan itu tak makan orang dan saya yakin dua kes kematian yang berlaku baru-baru ini tak ada kena mengena dengan ikan itu.”Demikian kata pengusaha rumah bot di Tasik Kenyir, Mohd Bidin Ibrahim, 45, mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa kematian pekerja projek Taman Burung, Helmi Shukri Hashim, 28, dan anggota bomba, Aladi Hassan, 41, berpunca daripada serangan ikan naga yang menghuni tasik itu.


Helmi mati lemas selepas didakwa terjatuh dari bot pada 14 Jun lalu ketika menghantar rakannya membuang air di sebuah pulau di tasik berkenaan.
Aladi yang melakukan misi mencari Helmi ditemui lemas sehari selepas kejadian di dasar tasik berkenaan dalam keadaan tersangkut pada ranting kayu balak.Mohd Bidin dari Kampung Langgar, di sini, yang 20 tahun mencari rezeki di tasik seluas 2,600 kilometer persegi itu berkata, kewujudan ikan bersaiz gergasi di dalam Tasik Kenyir bukan perkara aneh kerana dia pernah melihat seekor ikan sepanjang kira-kira tiga meter.“Saya pernah melalui pengalaman diekori seekor ikan gergasi yang saiznya sama besar dengan bot gentian kaca yang saya naik. Kejadian itu berlaku tahun lalu dan ia antara peristiwa yang tak akan saya lupakan,” katanya.Menurutnya, pengalaman berkenaan turut dialami beberapa rakan yang mencari rezeki di tasik dipenuhi pelbagai spesies ikan sungai seperti Toman, Kelah, Lampam, Sebarau, Baung dan Tapah itu.“Walaupun ramai nelayan tasik pernah terserempak atau dikejar ikan gergasi itu, sehingga kini belum ada yang mati disebabkannya,” katanya.Menjawab soalan bagaimana ikan Arapaima Gigas boleh turut menghuni Tasik Kenyir sedangkan hidupan itu sebelum ini dikatakan hanya mendiami Sungai Amazon di Brazil, Mohd Bidin mendakwa kejadian itu ada sejarahnya yang tersendiri.Menurutnya, ikan Arapaima Gigas itu dipercayai terlepas dari kolam yang dibina di sebuah chalet berhampiran Tasik Kenyir.“Ikan itu pada mulanya milik seorang lelaki Cina yang juga pengusaha chalet. Disebabkan ia cepat membesar, pengusaha terbabit melepaskan hidupan itu di dalam sangkar yang dibina berhampiran chalet di Sungai Petuang.“Malangnya sebanyak empat ekor ikan itu terlepas keluar, tapi seekor mati. Saya difahamkan, ikan ini boleh membawa tuah, ia hanya memakan anak ikan dan tidak menyerang dan mengancam manusia,” katanya.Mohd Bidin berkata, dalam kejadian terbaru 20 Jun lalu, seorang pekerja sebuah chalet di Sungai Tembat mendakwa ternampak kelibat ikan dipercayai Arapaima Gigas timbul di permukaan air.Mengesahkan lagi kewujudan ikan Arapaima Gigas di dakam Tasik Kenyir, Mod Bidin membawa wartawan Metro Ahad berjumpa rakannya, Shamsuddin Abd Rahman, 45, yang dikatakan pernah menaikkan ikan gergasi berkenaan yang menyambar umpan pancingnya.Shamsuddin dari Kampung Tajin, di sini, berkata kejadian berlaku sembilan tahun lalu ketika dia bekerja sebagai buruh projek Lebuhraya Simpang Pulai dan tidak menyangka memperoleh ikan berkenaan secara tidak sengaja.“Beratnya ketika itu 35 kilogram, manakala panjangnya mencecah dua meter. Ketika itu saya tidak tahu jenis ikan berkenaan kerana tidak pernah melihatnya dan terkejut apabila rakan sekerja memberitahu ia ikan Naga.“Ikan itu memang cantik dan bentuknya tidak sama dengan ikan lain. Badannya berwarna warni, kepalanya seakan-akan kepala itik manakala ekornya merah.“Waktu itu saya tidak tahu ikan berkenaan harganya mahal dan menjual dagingnya yang agak liat kepada rakan pada harga antara RM10 hingga RM12 sekilogram, malah ramai bergambar dengannya ketika membawa pulang di Kuala Berang,” kata Shamsuddin.Menurutnya, selepas berita penemuan ikan berkenaan tersebar luas, dia didatangi seorang lelaki dari Singapura dan menawarkannya RM10,000 untuk membeli ikan berkenaan.“Saya tepuk dahi ketika itu kerana ikan berkenaan sudah mati dan dagingnya dijual kepada orang ramai. Saya juga tidak tergamak menjamahnya kerana bentuknya pelik seperti naga, sisiknya tebal dan hujungnya seperti muncung itik,” katanya.Shamsuddin berkata, selepas kejayaannya, ramai kaki pancing mencuba nasib untuk memperoleh ikan itu, namun sehingga kini tiada siapa berjaya menaikkannya.Dia berkata, jika sengaja mencari sama ada ingin melihat atau menangkap ikan berkenaan, ia sukar ditemui kerana ia sentiasa beralih sungai untuk mencari makanan.Shamsuddin berkata, selain ikan Naga, keadaan tasiknya yang luas menyebabkan pelbagai hidupan air lain turut dikaitkan dengan misteri itu, antaranya dakwaan wujudnya ikan Tapah gergasi di tasik berkenaan.Penemuan ikan Tapah gergasi diakui Rosli Sulong, 34, yang pernah bekerja sebagai pemandu rumah bot sejak awal pembukaan tasik itu.Sama seperti pengalaman dilalui Mohd Bidin, bot dinaikinya diekori seekor Tapah sebesar bot gentian kaca dan ikan itu berpatah balik apabila enjin botnya dimatikan.Katanya, kejadian berlaku di Sungai Lasir dan mendakwa ikan berkenaan ada di tepian sungai kerana mencari ikan bersaiz kecil dan anak monyet.Dia berkata, selain mengalami peristiwa itu, beberapa rakannya turut menceritakan kejadian sama tetapi di sungai berlainan.“Ikan ini tidak mengganggu manusia, ia mungkin tertarik dengan buih hasil putaran kipas bot dan mengekorinya. Namun saya percaya ikan ini memang besar kerana saya pernah melihat kelibatnya,” katanya

Apakah Perpecahan yang kita mahu

Erm.. sekadar berkongsi... bukan memihak mana-mana pihak tapi.. mahu MELAYU-ISLAM yang kuat di Tanah Air Sendiri!!
Berikut petikan dari Utusan Malaysia...

Apa kesudahan nasib Melayu?
Oleh Zulkiflee Bakar dan Zin Mahmud

Ke mana politik Melayu selepas ini? Itulah persoalan yang bermain di fikiran kita, apabila segala usaha bagi memastikan sekurang-kurangnya dua parti Melayu terbesar iaitu UMNO dan Pas duduk semeja berunding, hancur berderai.
Ketika umat Melayu mendoakan akan wujud sedikit persefahaman antara kedua-dua parti itu tetapi semua tidak menjadi kenyataan apabila kerajaan perpaduan ditolak oleh pakatan pembangkang, biarpun UMNO sudah menyatakan kesediaan untuk berbincang.
Pakatan berkenaan bukan hanya dianggotai oleh Pas tetapi juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang sudah pastilah dalam kamus politik mereka tidak ada istilah penyatuan atau perpaduan orang Melayu.
Pas yang keseluruhan ahlinya beragama Islam dan terdiri daripada orang Melayu terpaksa akur dengan tekanan PKR dan DAP, untuk menolak idea kerajaan perpaduan. Paling malang idea itu adalah cetusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pendirian Pas seolah-olah menunjukkan apabila berada dalam pakatan itu, mereka tidak mempunyai apa-apa suara lagi, selain daripada mengikut sahaja.
Itu hak Pas untuk membuat keputusan, malah menjadi hak Pas juga kalau mereka bersedia 'dibuli' oleh PKR dan DAP, tetapi dalam masa yang sebagai parti yang memperjuangkan Islam, tanggungjawab menyatukan umat Islam dalam satu saf biarpun berbeza ideologi politik terpikul pada bahu mereka sehingga kiamat.
Namun begitu apa yang lebih kita bimbangkan ialah apa kesudahannya terhadap kekuatan politik Melayu, selepas ini. Apakah ia akan semakin kuat dalam genggaman? Atau adakah ia akan terhakis sedikit demi sedikit hanya semata-mata kerana kita tidak mahu bersatu?
Kegagalan kita untuk mencapai kata sepakat biarpun dalam hal-hal menyentuh mengenai kepentingan Melayu dan Islam hanya akan melemahkan kekuatan politik orang Melayu. Ia disebabkan kita berpecah belah akibat ketaksuban kepada politik sempit masing-masing.
Ketika ini, kekuatan politik Melayu hanya bergantung kepada UMNO dan Pas tetapi kita harus ingat bahawa ada pihak ketiga yang sudah pasti tidak mahu kekuatan berkenaan berterusan.
Melalui propaganda mereka sebelum ini dan dibantu oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang tamakkan kuasa semata-mata, mereka sudah berjaya meruntuhkan empayar kekuatan politik Melayu melalui UMNO.
Apabila UMNO berada dalam keadaan agak lemah dan sedang berusaha bangkit semula, mereka mengatur pula strategi supaya Pas juga menjadi kucar-kacir. Lanjutan itu, apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencetuskan idea kerajaan perpaduan, mereka melihat ia kesempatan terbaik bagi mencetuskan perbalahan dalam parti itu.
Apabila perbalahan berlaku maka Pas akan menjadi kucar kacir dan sekali gus akan melemahkan parti berkenaan. Ternyata agenda mereka berjaya, Pas terbahagi kepada dua kelompok satu menyokong cadangan berkenaan manakala satu lagi pihak menentang.
Tetapi semua itu bukan agenda UMNO seperti mana didakwa oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa ''UMNO sekarang berpesta. Pesta bahawa Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan pakatan bergaduh. Pas sudah bercelaru, Pas dengan pakatan pun bercelaru. UMNO sudah berjaya pecah belahkan orang Pas tetapi Alhamdulillah dapat dibendung dengan kenyataan saya baru-baru ini. Tidak boleh terima orang ini, boneka UMNO.''
Sebaliknya, ada agenda tersembunyi oleh pihak-pihak tertentu yang melihat idea kerajaan perpaduan hanya akan memperkukuhkan politik Melayu. Oleh itu, mereka mahu UMNO dan Pas terus berbalah. Mereka tidak akan benarkan kedua-dua parti itu duduk semeja membincangkan soal orang Melayu dan umat Islam.
Bagi mereka, kalau kedua-dua parti berbuat demikian ia akan memberikan ancaman kerana kuasa politik akan kukuh kembali, tidak kiralah sama ada UMNO atau Pas yang kuat.
Tetapi malangnya, gerakan tersirat ini tidak mampu dibaca oleh penyokong-penyokong Pas sehingga mereka sanggup mengecam sebarang usaha untuk UMNO dan Pas berunding.
Penyokong-penyokong berkenaan melakukan serangan habis-habisan bagi menggugat pendirian kepimpinan Pas supaya jangan sesekali melaksanakan idea itu biarpun ia datang daripada Presiden Pas sekali pun.
Penyokong
Tindakan kelompok yang ingin melemahkan Pas ini menjadi mudah, apabila adanya penyokong parti itu sendiri yang bersikap menentang idea Abdul Hadi. Kesudahannya bagi mengelakkan kecelaruan dan kekeliruan yang berterusan, idea itu terkubur begitu sahaja.
Malangnya ia terkubur bukan kerana Pas yang membuat keputusan tetapi akibat tekanan PKR dan DAP. Pemimpin-pemimpin Pas boleh berhujah apa sahaja termasuklah demi menjaga keharmonian dengan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang. Namun di luar, orang Melayu terutamanya yang tidak mempunyai parti akan mempertikaikan tindakan Pas itu.
Pas akan mengalami kerugian di dalam pilihan raya kerana pengundi Melayu atas pagar sudah pasti terfikir, kenapa perlu memberikan undi bagi memperkukuhkan Pas, kalau parti itu sekadar mengikut sahaja apa yang diputuskan oleh PKR dan DAP.
Akibat daripada tindakan itu, kemungkinan besar suara orang Melayu di dalam Parlimen akan semakin berkurangan dan hanya akan bergantung kepada UMNO sahaja.
Inilah bahana yang harus difikirkan oleh seluruh orang Melayu, mereka tidak harus melihat dari sudut kepentingan politik kepartian semata-mata, sebaliknya perlu memikirkan mengenai survival kuasa politik Melayu di negara ini.
Apa pun, dalam soal mempertahankan kekuatan politik Melayu ini, ramai yang melihat masih ada cahaya di hujung terowong bagi membolehkan UMNO dan Pas duduk semeja, berunding sesama mereka. Ia kerana biarpun perbezaan politik boleh menjadi tembok penghalang tetapi ikatan bahawa kita mengadap kiblat yang sama, suatu hari kelak pasti boleh menyatukan kita.
Persefahaman antara kedua parti itu amat penting demi masa depan politik orang Melayu, biarpun mereka berjuang dengan ideologi politik yang berbeza.
Bagaimanakah sebuah negara kecil yang dikelilingi oleh musuh di padang pasir dapat membangun dan maju tanpa banyak halangan? Jawapannya ialah negara berkenaan mendapat pelaburan masuk secara besar-besaran dari luar.
Negara yang dimaksudkan di sini ialah Israel. Negara ini, dari segi politik dan ekonomi didokong oleh orang Yahudi diaspora. Maksud diaspora di sinilah ialah mereka yang bertebaran tinggal di luar daripada negara yang dianggap sebagai tanah air mereka.
Kedudukan ekonomi bangsa Yahudi sememangnya kuat, khususnya di Amerika Syarikat dan Eropah Barat. Daripada golongan yang berjaya dan kaya inilah, wang disalurkan kepada Israel untuk membangun dan memajukan negara itu. Walaupun orang Yahudi berkenaan bukannya warganegara Israel. Mereka adalah warganegara Amerika dan negara-negara Eropah. Tetapi kerana sayangkan bangsanya, mereka memastikan pelaburan dilakukan ke atas Israel untuk memajukannya.
Begitu juga dengan China. Bagaimanakah sebuah negara yang ekonominya dianggap telah musnah kerana mengamalkan sistem komunisme telah berjaya bangkit dalam jangka waktu yang singkat dari dekad 80-an. Bayangkan bagaimana sebuah negara komunis yang apabila menukar sistem ekonominya kepada bentuk pasaran, dalam masa 20 tahun telah berjaya menjadi negara paling tinggi kadar pertumbuhannya. Bagaimanakah Deng Xiaoping berjaya menarik pelabur asing untuk datang ke negaranya apabila dia meminda sistem ekonomi China?
Jawapannya ialah daripada diaspora China. Iaitu ahli-ahli perniagaan China dari seluruh dunia, yang sebenarnya sudah tidak menjadi warganegara China. Meraka telah menyalurkan dana pelaburan ke negara leluhur mereka. Maka rakyat Amerika, Britain, Kanada, Malaysia, Thailand, Singapura dan lain-lain menyalurkan dana pelaburan ke negara itu.
Kejayaan China ini mendorong India untuk melakukan perkara yang sama. Mengapakah India yang mengamalkan sistem demokrasi sejak merdeka gagal maju seperti China? Banyak pihak mengatakan ia adalah disebabkan oleh polisi sosialis kerajaan Kongres pada awal negara itu mencapai kemerdekaan. Maka kini mereka telah mengubah polisi dan mahu mencontohi China.
Banyak ahli perniagaan keturunan India di Amerika dan Eropah yang kini diundang untuk melabur di India. Walaupun mereka sudah tidak menjadi rakyat India, tetapi semangat mereka mendorong untuk memajukan India. Pada masa akan datang China dan India akan menjadi penjana ekonomi dunia yang penting.
Apa yang dilakukan oleh Yahudi, China dan India diaspora ini tidak dianggap sebagai amalan perkauman. Bagi pihak Barat, usaha diapsora ini adalah suatu yang dapat diterima.
Maka Malaysia pun patut mencontohi mereka. Walaupun Malaysia adalah negara kecil dan tidak ramai keturunan negara ini yang berjaya besar di Amerika dan Eropah berbanding diaspora Yahudi, China dan India. Namun terdapat mereka yang berketurunan Malaysia, walaupun sudah menjadi warganegara Amerika atau Britain yang berjaya dan mampu untuk menyalurkan dana pelaburan ke negara asal mereka.
Justeru di samping usaha untuk meningkatkan pelaburan asing, Malaysia wajar juga mencari jalan mempelawa diaspora bekas rakyat, sama ada dari kalangan kaum China, India dan juga Melayu sendiri yang berjaya atas usaha sendiri di luar negara untuk pulang membuat pelaburan.
Bukanlah bermakna mereka wajar membuat pelaburan atas semangat sayangkan negara semata-mata tetapi usaha perlu dibuat untuk menjadikan pelaburan di negara ini menarik dan menguntungkan untuk mereka.
Tidak mengapa kalau mereka kembali untuk melabur dalam syarikat mengikut kaum masing-masing. Yang penting negara ini perlu dikemaskan supaya menarik bagi para pelabur.
Begitu juga di kalangan orang Melayu yang berjaya dalam perniagaan di Amerika, Britain, Australia dan lain-lain atas usaha sendiri. Mereka ini juga wajar digalakkan pulang untuk melabur di Malaysia. Bukan itu saja, mereka patut diajak untuk turut serta membangun dunia perniagaan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Ketika berusaha dalam persediaan untuk membawa masuk banyak lagi pelaburan dari luar, wajar sekali penelitian semula dilihat kepada polisi-polisi lalu mengenai pembangunan ekonomi negara. Perkara-perkara yang boleh menjejaskan kedatangan pelaburan baik berupa persepsi mahupun realiti wajar ditangani.
Perancangan
Di sinilah perancangan ekonomi amat penting digunakan bagi meletakkan kedudukan kepada keadaan yang lebih baik, terutama dalam keadaan mencabar sekarang ini.
Berkaitan dengan perkara ini pula ialah bagaimana meningkatkan kedudukan ekonomi orang Melayu, walaupun sudah banyak mencapai kejayaan tetapi masih lagi perlu dipandu. Banyak pengajaran dapat diperolehi daripada kelemahan dan kegagalan polisi-polisi lalu dalam usaha membangunkan ekonomi Melayu terutama dari segi badan-badan perniagaan strategik.
Dalam hal ini, sememangnya soal ekuiti milik Bumiputera wajar menjadi perhatian. Ini kerana polisi-polisi meliputi zaman Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak berjaya sepenuhnya dalam memastikan ekuiti Bumiputera mencapai sasaran.
Pada masa lalu, soal perubahan keadaan ekonomi yang memungkinkan kehilangan ekuiti Bumiputera tidak diletakkan dalam jangkaan. Akibatnya setiap kali berlaku kegawatan ekonomi atau krisis kewangan, maka ekuiti Bumiputera akan menjadi mangsa.
Tambahan daripada itu juga, satu kaedah mesti dicari supaya Bumiputera tidak hanya menjadi rakan tidur dalam syarikat oleh kerana pegangannya yang rendah. Apa yang penting ialah penguasaan hakiki terhadap syarikat dan selanjutnya meningkatkan keupayaan berniaga bagi memajukan syarikat.
Apa yang perlu dirancangkan meliputi pelbagai lapisan daripada pelaburan untuk negara supaya ruang dana perniagaan menjadi luas. Seterusnya ia membolehkan rancangan-rancangan baru untuk mempertingkatkan dunia perniagaan Bumiputera.
Juga penting ialah dorongan baru bagi kesedaran untuk meningkatkan budaya perniagaan yang masih rendah. Bumiputera wajar ditingkatkan dengan kesedaran serta kemampuan berniaga setaraf dengan mana-mana bangsa yang berjaya di dunia